Sunday, June 21, 2009

THE LOST WATERFALL

"Sauna Asli" ini agak unik kerana airnya meresap ke dalam tanah dan tidak membentuk pengaliran atau airnya mudik ke sungai. Kedudukan air terjun ini adalah kira-kira 4 jam perjalanan dari based camp sambil meredah hutan tebal yang penuh dengan fauna dan paku pakis melalui track yang dibina oleh team Middle Earth. Perjalanan dari Jerantut menuju base Camp pula adalah mengikut jalan balak yang ditinggalkan. Peminat ekspedisi 4WD akan berpeluang merempuh gelora perjalanan off trek yang sangat mencabar.