Tuesday, April 20, 2010

Duan, budak pintar di Ulu Tembeleng.


 
Ini Duan, usia 13 tahun tetapi fizikalnya kelihatan seperti kanak-kanak berusia 9 tahun. Di dalam ujian PMR lepas, Duan hanya mendapat 1A,3B dan 1C.Keputusan yang amat sederhana dari ribuan pelajar yang mendapat 5A. 





Ini rumah Duan di Kampung Sat, Ulu Tembeling, Pahang. Di sinilah Duan dan 8 orang adik-beradiknya tinggal bersama ibu. Mereka masih menanti rumah baru PPRT yang dijanjikan dan harap-harap agar jangan rumah ini diterbangkan oleh angin Tembeling. Mungkin juga kesibukan yang dihadapi Jabatan-Jabatan yang bertanggungjawab menyebabkan  keluarga Duan terlepas pandang walaupun berita sengsara mereka  sudah diwartakan melaui media utama negara.

   (En Marodzuan, CEO Middleearth Motel & Cafe  menyampaikan bantuan kepada ibu Duan, Puan Faridah Mohamad, 39 tahun   Penyampaian ini juga dihadiri oleh wakil media dari Utusan Malaysia, Berita Harian, Majalah Tell, Kumpulan Redah dan juga para peserta "Long Lasting Mat Daling Trail".)
Ini Daerah di mana Duan tinggal. Daerah yang kaya dengan balak dan hasil hutan. Kenapa hasilnya tidak dapat dinikmati oleh penduduk tempatan seperti Duan? Cukupkah bantuan RM300/- sebulan untuk ibu tunggal yang mempunyai 9 anak sedangkan hasil daerahnya dikaut oleh orang luar.


 

   Sebahagian dari pakaian-pakaian yang dihadiahkan kepada Puan Faridah. Mungkin Puan Faridah tidak perlu lagi pakaian untuk beberapa tahun dan bekalan makanan untuk 4-6 bulan. Bagaimana pula perbelanjaan untuk pelajaran, ubat, sabun, syampoo, berus gigi dan lain-lain?
Kembali kita kepada Duan yang mendapat 1A. Selepas memerhatikan kehidupan mereka yang hidup  tanpa buku,kertas, alat-alat tulisan,tuisyen, makanan yang cukup,kami berpendapat 1A itu adalah pencapaian yang sangat tinggi.Inilah pelajar yang harus diberi perhatian serta di masukkan ke sekolah berasrama penuh agar mereka boleh lepas dari kemiskinan dan bencana yang menimpa keluarga tersebut. Duan menangis ketika kami meninggalkan rumahnya.

3 comments:

  1. satu usaha yang sangat murni.. semoga hal ini mendapat perhatian dari pihak2 yang bertanggungjawab dengan segera.. good job middle earth!!

    ReplyDelete
  2. Apa jadi dgn Duan skrg???

    ReplyDelete
  3. so many press/media people interested to see this fella hand over a few bags of rice and clothes. The money spent on petrol to drive their cars there could've been used to pay for another month's food i think. Oh well, the perils of public relations :(

    ReplyDelete