Showing posts with label Jerantut. Show all posts
Showing posts with label Jerantut. Show all posts

Saturday, January 2, 2010

Lembah Kiol- Antara Mahu dan Enggan.


Jemputan ke 4x4Jamboree 2009 di Lembah Kiol Jerantut dari Maredzuan,CEO Middleearth begitu menarik untuk ditolak. Selepas gagal mengajak beberapa teman untuk bersama, saya bersendirian meredah malam dari KL menuju ke Jerantut. Agaknya sambutan Hari Natal di Kuala Lumpur lebih mengiur dan memberahikan dari berhuma di tengah hutan tropika tertua di dunia. Di Jerantut, Che Nan dan Che Mijan dari Middleearth sudah menunggu untuk membawa saya ke Tapak Perkemahan yang terletak kira-kira 30 minit perjalanan dari bandar Jerantut.

"Matahari kuletakkan kau di horizon
Bulan kuletakkan kau di antara ujung pohon dan awan
tenanglah kau disini" - Baha Zain



Di Lembah Kiol, sungainya membentuk air terjun yang dipanggil Lata Meraung dan membentuk beberapa anak sungai yang mengalir sekejap perlahan dan sekejab laju. Airnya bersih dan jerneh. Seekor ikan kelisa yang sederhana besar dapat dijala semasa kami mandi di salah satu lubuknya. Ikan kelisa adalah dari spesies kelah iaitu ikan yang hidup v di air yang bersih. Angin Banjaran Titiwangsa bertiup sepoi penuh syahdu membuat hati menjadi rindu pada cinta. Lembah Kiol sangat sesuai untuk beriadah dan sudah tentu bukan untuk membasuh kenderaan 4WD. Terdapat sebuah padang golf 18 lubang yang tidak lagi beroperasi. Agaknya Padang Golf tidak lagi relevan di sini seperti tidak relevannya Tigerwoods sebagai kekasih contoh. Tarikan utama di sini adalah alamnya sendiri dan budaya yang menghuni alam itu.

Dua kaum asli tertua dari Bangsa Proto-Melayu dan Negrito tinggal di Lembah Kiol. Di sini juga adalah pintu untuk meneroka misteri ribuan flora dan fauna. Saya bernasib baik kerana ditemukan dengan Pakwe seorang pengamal perubatan tradisional, guru silat dan pemain gendang Pahang oleh En Mijan dan En Embong. Pakwe adalah ensaikolopedia bergerak , ilmu yang dimilikinya menjadi buruan kepada pakar-pakar dari Universiti tempatan dan luar negara. Di akhir pertemuan Pakwe menjemput saya untuk menyertai ekspedisinya mencari tumbuh-tumbuhan dan akar kayu disamping akan memperkenalkan kepada beberapa ritual -ritual masyarakat asli yang masih tidak di ketahui umum. Saya akan bercerita lagi tentang Pakwe di pos-pos akan datang.

Di sini pujian patut diberikan kepada Tuan Rumah Jamboree iaitu Majlis Daerah Jerantut, Redah 4X4 Club serta Middleearth Motel & Cafe yang berjaya menganjurkan Jamboree 2009 yang dihadiri oleh hampir seribu peserta di Lembah Kiol pada 25-27 Disember 2009 tanpa menjejaskan alam sekitar. Kemudahan yang disediakan seperti tandas dan tempat bersalin teratur dan bersih. Program yang bersifat "syariah compliant" ini dapat dilaksanakan sepenuhnya walaupun hujan turun dengan lebatnya.

Poster Jamboree

Gambar-Gambar sekitar Jamboree


Kenderaan Peserta berkumpul di hadapan Majlis Daerah Jerantut sebelum dilepaskan.


Peserta Termuda dari Middleearth


Mesyuarat Larut Malam yang dipengerusi oleh CEO Middleearth.

Terima kasih kepada anggota Polis yang menyertai Jamboree ini.
Kerjasama Tuan amat kami hargai dan sanjungi.


Matahari esok kulukis kau berwarna hijau

tapi bulan sekiranya esok malam akan hujan
kusediakan kau warna hitam
kerana kau tak gembira
dan aku penyedih abadi - Baha Zain

Untuk mereka yang ingin menyertai ekspedisi ke Lost Waterfall
pada 22-24 Januari 2009,
sila berhubung dengan
En Marodzuan tel no: 012-9819145)

atau email:mok611@gmail.com
Terhad kepada 20 peserta sahaja.

(Tajuk posting äntara Mahu dan Enggan diilhamkan dari Puisi Baha Zain bertajuk Penyair 69.)


Sunday, June 21, 2009

THE LOST WATERFALL

"Sauna Asli" ini agak unik kerana airnya meresap ke dalam tanah dan tidak membentuk pengaliran atau airnya mudik ke sungai. Kedudukan air terjun ini adalah kira-kira 4 jam perjalanan dari based camp sambil meredah hutan tebal yang penuh dengan fauna dan paku pakis melalui track yang dibina oleh team Middle Earth. Perjalanan dari Jerantut menuju base Camp pula adalah mengikut jalan balak yang ditinggalkan. Peminat ekspedisi 4WD akan berpeluang merempuh gelora perjalanan off trek yang sangat mencabar.















Friday, March 27, 2009

Middleearth: An encounter with "Bruce Wayne".

An encounter with "Bruce Wayne".


"Bruce Wayne" keeps an eye on the visitors. The tree below is his hideout.



Trees, unlike men become more beautiful and useful with age.


They become more precious.



The solitary lime stone hill out of nowhere

Its hard and rocky.


"Take care that you don't fall on the ice!"


Be careful when you cross the street.







Would you care to dance?



Its too dark inside.






Students and lecturers from Faculty of Tourism Management
Kolej ShahPutra, Kuantan, Pahang.


Guided Tour Packages
The Transit



Middleearth Motel is located just behind Jerantut Railway Station.

Your visit will help us with the maintenance of these beautiful sanctuaries.

Friday, January 23, 2009

MIDDLE EARTH - Create your own Package

To those who wish to visit us, please view the brochures and do keep in touch.
You can email me /sms your view and suggestion in order for us to bring the best out of your stay. Please tell us how you want to spend your excursion and we will deliver THE PACKAGE.



We also cater corporate events.
Here are some of the events that we hosted in 2008.



NISSAN
JURASIC PARK IV CHALLENGE























LAKE TO LAKE EXPEDITION
TASEK BERA TO TASEK CHINI
































ROCK CLIMBING













THANK YOU FOR BEING WITH US.